Aku rasa kalau dalam profile ku kan.. i should put 'Hobbies : Quarreling with bf.
Pagi tadi ok je aku dengan bf ku.. tiba2 petang bila kami boleh bergaduh pulak.. Ini semua pasal bergurau. .Dia bergurau aku pun bergurau la..
Adakah kerana aku tidak berapa gemar bermake up sekarang ni dia bosan and asyik ajak aku bergaduh?
Ataupun mulutku yg laser ni..?
Tapi biasanya aku selalu bergurau dengan dia dia akan cakap "Ishhh.. nasib la aku sayang dia ni.."
Hari ni aku dimarah pulak... uwaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Ntahlah cuba mau ubah mulutku yg laser ni tapi tak boleh....
Ada orang cakap terikut gaya mama ku??
Tapi mama ku garang yet baik hati... Huhu 
ok la aku nak letak gambar time kahwin kakak ku..
saja nak sedapkan hati
i terstumble with this old picture.. but look good tough..
(Actually gamabr ni my bf kata "cantik" )
Lagi satu .. Aku termarah dia pasal dia komen di bahagian komen blog orang.. dia macam nak bergaduh pulak dengan orang tu.. Aku marah la dia.. tak elok bergaduh.. Aku pun over bah.. cakap lebih2 dengan dia.. "Napa sayang terasa ke, tu sebab marah dengan tut tu?"
Ok sayang... maafkan tuan hamba ye...
Anak buah ku tengah menikmati maggie kari di petang2 dingin ini..
O h yah! Tadi ak umandikan si charming. .Hari ni cuti
Dia nampak macam alien tika dimandikan...
Rupa2nya dia berselindung di balik bulu yg teball.. Dia kurus je sebenarnya.. Huhu
Tak sempat ambik gambar dia...
Any way aku sayang makhluk tuhan yg comel tu..
InsyaAllah mau bawak balik ke Sabah.. bagi jumpa mak bapak ku...
Heheh.. macam nak bawak balik calon menantu .. tapi sebenarnya bawak kucing!
Adios... for this time
Muahsssss
Eg XXOOXX
Aku rasa ini cerita terbest aku tengok bulan nie.. Sekarang dah pukul dua belas setengah.. Anak buahku pulak dah tidur..
Kisah pasal video game yang ada kaitan dengan roh jahat yang tidak aman.. Dalam video game tu kena baca mantera.. Diorg ramai2 sekumpulan kawan membaca la mantera tu like main counter strike..
Tapi aku yang hanya menengok ni pun seram.. Tapi aku suka main video game.. So aku bersungguh2 la tengok cerita nie..
Orang putih selalu ada idea utk buat cerita yang best2 kan?
Diorg ambik sikit dari cerita realiti.. bagi kreatif sikit.. Wallaaa!! Jadi masterpice terus..
Aku rasa tak nak la tengok cerita nie.. nanti terbayang pulak muka Countess Elizabeth tu!!!
Aku penat sebenarnya nie, lepas kerja ada kelas menari pulak..
Pas tu membasuh baju..
Tapi bila lepas mandi segar la pulak...
oK ..AKU TERPAUSE KERANA TERTENGOK CERITA TU....
After the brutal death of a friend, a group of friends find themselves in possession of a video-game called "Stay Alive," a blood-curdling true story of a 17th century noblewoman known as the Blood Countess. After playing the game when they know they shouldn't, however, the friends realize that once they die in the game--they die for real. As their numbers begin dropping and as they begin dying in the ways they died in the game, the remaining friends realize they must defeat the Blood Countess or accept their fates
Bismillah hirahmannirrahim..
Bertambah lagi tahun dan bertambahlah lagi usiaku.. huhu
Aku menulis pada pukul 1.34 pagi..
Tengah tengok cerita Pirates of the carribean kat StarMovie.. Tapi panjang sgt dek non.. Boring2 bukak blog nie.. Lagipun saja kacau my niece yg baru sehari duduk dengan aku.
Kakak ku mau melihat gambar2nya di samping my 'baby' boy charming..
Akan ku perlihatkan disini ya my lovely sis!
Anak buah ku ni hardcore betul la! Dua-dua tangan ada hp, dalam masa yg sama dua serentak ada sms masuk..Ehm ehm ehm.. anak-anak muda zaman sekarang ..kalau nak dicompare dgn zaman aku.. Memang lah jauh sgt bezanya..
Ok tanpa membuang masa ya...
Mula2 charming behave je dia.. dia tengok my niece melayari internet..
And then..
Anak buah ku terpaksa meng dwi fungsi kan tangan nya utk melayari internet sambil tangan yg lagi satu menahan kerakusan Charming yg ingin join sekali menekan2 keypad..
Akhirnya nafsu buas Charming telah melebihi segala2nya..Dia telah melampiaskan nafsunya dengan segeranya menerpa ke arah laptop yang tak sempat diguard oleh si 'anak buah'
Charming dapat menumpaskan Si Ejah. Charming vs Ejah.. Charming Menang yeah!!!
(P/S: Atas sebab2 tertentu si ejah hanya mau dilihat dari sudut tangannya sahaja..Minta maap)
Jangan marah ya Ejah.. tangan mu tak berapa Fotogenik..Huhu Jangan Marah


Sekarang..buat sedemekian kalinya aku melihat siaran langsung majlis perkahwinan Mawi dan Ekin. Minggu lepas rasanya, tengok pernikahan mereka berdua.
Aku suka tengok mawi n ekin, memang sepadan sangat. Rasanya aku tau kenapa Mawi suka dengan Ekin..
Sekali tengok je memang dah tau perangai Ekin.. seorang wanita yg gila2, ada sense of humour memang sesuai la dengan Mawi.
Tadi baru je si Mawi cakap. kenapa dia suka dengan Ekin " Dia seorang yg sempoi"..
Perjalanan hidup mawi memang 'world'. Mesti dulu dia hidup susah.. Lepas tu dia byk bersabar menempuh hidup.
Ishk..memang suka la tengok perangai kedua mempelai baru ni. Ekin perangai tidak dibuat2.. dia matang..
Maybe lelaki sekarang suka perangai perempuan yg matang..yg suka bagi sokongan.
Aku ni dari tadi bagi assumption je..
Apa kata Mawi?
"Kita kena terima qada dan qadar. Itu sebabnya saya terima Ekin sebagai jodoh saya. Saya dapat rasakan yang saya betul-betul ada perasaan terhadap dia setelah beberapa bulan berkawan.
"Sikap Ekin yang mengambil berat terhadap saya membuatkan hati saya tertawan dan Ekin seorang pendengar yang baik bila saya meluahkan masalah saya," kata Mawi.
Sebagaimana yang dirasakan oleh Ekin, Mawi juga sedar ada yang tidak suka dia memilih Ekin. Malah ada yang sengaja memburuk-burukkan Ekin.
"Memang banyak dugaan dalam percintaan kami... ada yang dengki dan sakit hati malah memburuk-burukkan Ekin serta berusaha mengaibkannya. Saya hormati Ekin yang tabah dan kuat melalui semua itu," jelas Mawi.
Apa kata Ekin?
"Semua orang tahu banyak dugaan yang kami lalui sebelum iini. Saya akui bukan mudah untuk menjadi orang yang dekat dengan Mawi.
"Tapi saya harus tabahkan diri menghadapinya dan akhirnya kini segala-galanya selesai," kata Ekin.
Ekin juga bersedia menerima apa sahaja kemungkinan daripada orang yang tidak menyenanginya apabila menjadi isteri kepada bintang terkenal negara dan memiliki ramai peminat, Mawi.
"Ekin tahu ada yang tak suka apabila Mawi pilih Ekin sebagai isterinya, tapi Ekin tabah dengan semua ini dan Ekin rasa ia membuatkan Ekin menjadi lebih tabah dan kuat.
"yang lebih penting perkahwinan ini mendapat restu... Ekin bersyukur kerana diterima dalam keluarga Mawi dan Ekin berjanji untuk menjadi orang yang terbaik untuk Mawi," kata Ekin lagi.
Aku mendoakan kebahagian Mawi n Ekin. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.




Kutemukan dalam pencarian.. cinta sejati utk hidupku.. dialah si charmingku yg comel.. Hehe.
On X'mas that day.. at last i bought 'him'...The one who always merenung me if i masuk dalam kedai kucing kat taipan...
In this moment he staring me so cute and adorable...
I feel worth it to have him...
InsyaAllah aku akan menjaganya sebaik mungkin
Like what the owner kedai tu cakap..."Jaga dia baik2 yee..." Dengan muka sedih terpaksa berpisah dgn si persian male cat ...yg hmppph... comel sekali..
Aku bersyukur padamu Allah mengurniakan aku rezeki yg cukup utk memiliki kurniaan ciptaanMu yg sempurna..Amin

Sejak aku balik dari kelas tarian tempohari, aku asyik teringatkan wajahnya..
Renungan matanya yg seperti ingin menceritakan sesuatu.. "Milikila akuuu..." Tolonglah wahai manusia yang rupawan... " (Hehe.. itu over sikit)
'Dia' yang aku maksudkan.. ialah kucing white persian..
Aduh.tetapi dia mempunyai harga 'bidaan yang terlalu murah and sedikit..Bernilai 900.00 rupiah..
Berkali2 aku memikirkan dan menimbang2kannya.. Harus kah aku membelinya..?
Kita tunggu dan lihat.. ***Adui sakit bahu ku**



