Alhamdulilah.. Tahun Baru 2009!

9:30 AM / Posted by Miss Dreamer / comments (4)

Bismillah hirahmannirrahim..

Bertambah lagi tahun dan bertambahlah lagi usiaku.. huhu
Aku menulis pada pukul 1.34 pagi..
Tengah tengok cerita Pirates of the carribean kat StarMovie.. Tapi panjang sgt dek non.. Boring2 bukak blog nie.. Lagipun saja kacau my niece yg baru sehari duduk dengan aku.

Kakak ku mau melihat gambar2nya di samping my 'baby' boy charming..
Akan ku perlihatkan disini ya my lovely sis!

Anak buah ku ni hardcore betul la! Dua-dua tangan ada hp, dalam masa yg sama dua serentak ada sms masuk..Ehm ehm ehm.. anak-anak muda zaman sekarang ..kalau nak dicompare dgn zaman aku.. Memang lah jauh sgt bezanya..

Ok tanpa membuang masa ya...




Mula2 charming behave je dia.. dia tengok my niece melayari internet..


And then..




Anak buah ku terpaksa meng dwi fungsi kan tangan nya utk melayari internet sambil tangan yg lagi satu menahan kerakusan Charming yg ingin join sekali menekan2 keypad..


Akhirnya nafsu buas Charming telah melebihi segala2nya..Dia telah melampiaskan nafsunya dengan segeranya menerpa ke arah laptop yang tak sempat diguard oleh si 'anak buah'




Charming dapat menumpaskan Si Ejah. Charming vs Ejah.. Charming Menang yeah!!!
(P/S: Atas sebab2 tertentu si ejah hanya mau dilihat dari sudut tangannya sahaja..Minta maap)

Jangan marah ya Ejah.. tangan mu tak berapa Fotogenik..Huhu Jangan Marah

Bercerita..

11:47 PM / Posted by Miss Dreamer / comments (3)



Sekarang..buat sedemekian kalinya aku melihat siaran langsung majlis perkahwinan Mawi dan Ekin. Minggu lepas rasanya, tengok pernikahan mereka berdua.
Aku suka tengok mawi n ekin, memang sepadan sangat. Rasanya aku tau kenapa Mawi suka dengan Ekin..
Sekali tengok je memang dah tau perangai Ekin.. seorang wanita yg gila2, ada sense of humour memang sesuai la dengan Mawi.
Tadi baru je si Mawi cakap. kenapa dia suka dengan Ekin " Dia seorang yg sempoi"..


Perjalanan hidup mawi memang 'world'. Mesti dulu dia hidup susah.. Lepas tu dia byk bersabar menempuh hidup.
Ishk..memang suka la tengok perangai kedua mempelai baru ni. Ekin perangai tidak dibuat2.. dia matang..
Maybe lelaki sekarang suka perangai perempuan yg matang..yg suka bagi sokongan.
Aku ni dari tadi bagi assumption je..


Apa kata Mawi?

"Kita kena terima qada dan qadar. Itu sebabnya saya terima Ekin sebagai jodoh saya. Saya dapat rasakan yang saya betul-betul ada perasaan terhadap dia setelah beberapa bulan berkawan.

"Sikap Ekin yang mengambil berat terhadap saya membuatkan hati saya tertawan dan Ekin seorang pendengar yang baik bila saya meluahkan masalah saya," kata Mawi.

Sebagaimana yang dirasakan oleh Ekin, Mawi juga sedar ada yang tidak suka dia memilih Ekin. Malah ada yang sengaja memburuk-burukkan Ekin.

"Memang banyak dugaan dalam percintaan kami... ada yang dengki dan sakit hati malah memburuk-burukkan Ekin serta berusaha mengaibkannya. Saya hormati Ekin yang tabah dan kuat melalui semua itu," jelas Mawi.


Apa kata Ekin?

"Semua orang tahu banyak dugaan yang kami lalui sebelum iini. Saya akui bukan mudah untuk menjadi orang yang dekat dengan Mawi.

"Tapi saya harus tabahkan diri menghadapinya dan akhirnya kini segala-galanya selesai," kata Ekin.

Ekin juga bersedia menerima apa sahaja kemungkinan daripada orang yang tidak menyenanginya apabila menjadi isteri kepada bintang terkenal negara dan memiliki ramai peminat, Mawi.

"Ekin tahu ada yang tak suka apabila Mawi pilih Ekin sebagai isterinya, tapi Ekin tabah dengan semua ini dan Ekin rasa ia membuatkan Ekin menjadi lebih tabah dan kuat.

"yang lebih penting perkahwinan ini mendapat restu... Ekin bersyukur kerana diterima dalam keluarga Mawi dan Ekin berjanji untuk menjadi orang yang terbaik untuk Mawi," kata Ekin lagi.


Aku mendoakan kebahagian Mawi n Ekin. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.

Charming ku....

9:12 AM / Posted by Miss Dreamer / comments (3)





Kutemukan dalam pencarian.. cinta sejati utk hidupku.. dialah si charmingku yg comel.. Hehe.
On X'mas that day.. at last i bought 'him'...The one who always merenung me if i masuk dalam kedai kucing kat taipan...
In this moment he staring me so cute and adorable...
I feel worth it to have him...
InsyaAllah aku akan menjaganya sebaik mungkin
Like what the owner kedai tu cakap..."Jaga dia baik2 yee..." Dengan muka sedih terpaksa berpisah dgn si persian male cat ...yg hmppph... comel sekali..
Aku bersyukur padamu Allah mengurniakan aku rezeki yg cukup utk memiliki kurniaan ciptaanMu yg sempurna..Amin

My Dream Cat

8:46 AM / Posted by Miss Dreamer / comments (5)


Sejak aku balik dari kelas tarian tempohari, aku asyik teringatkan wajahnya..
Renungan matanya yg seperti ingin menceritakan sesuatu.. "Milikila akuuu..." Tolonglah wahai manusia yang rupawan... " (Hehe.. itu over sikit)
'Dia' yang aku maksudkan.. ialah kucing white persian..
Aduh.tetapi dia mempunyai harga 'bidaan yang terlalu murah and sedikit..Bernilai 900.00 rupiah..
Berkali2 aku memikirkan dan menimbang2kannya.. Harus kah aku membelinya..?
Kita tunggu dan lihat.. ***Adui sakit bahu ku**

Labels: , ,

What a week...

5:15 AM / Posted by Miss Dreamer / comments (2)


At last.. friday. Hari yang paling aku suka. End of the week.Im in my bedrroom with my new furnitue, siap i pakaikan cadar baru .. with embroidery comforter set yang baru aku beli dua minggu lepas..Sales beb!
Aku pernah terbaca di majalah, kalau inginkan tidur yang selesa boleh mencuba menggunakan selimut atau apa2 cadar bermaterialkan silk... pasti tidur kamu nyenyak and selesa... so malam ni i akan mencubanya!!!! Hehhehe
Dahulu aku pernah meninjau2 comforter ni.. tapi mak datuk!!1 RM 700 lebih!!
Tapi sekarang aku dah memilikinya.. aku mendapatkannya hanya dalam RM 100 lebih sahaja..
Itulah yang bestnya dengan Jualan Istimewa!!

Menghidupkan balik keterpe"blog"kan ku...

10:26 PM / Posted by Miss Dreamer / comments (1)

Aku kembali menaip untuk menulis... **ayat apa tu**? Dah lama aku tidak menulis apa apa coretan disini.. Aku terbaca blog my sis.. Seronok pulak melihat hasil penulisannya.. Tak sangka darah sedaging aku itu pandai menulis.. Hmmm. itu memang sudah diakui, kerana dari sejak dulu lagi aku sudah membaca diary nya yang "ditapuk" dalam laci di celah - celah baju.. Dia sembunyikan supaya orang lain tak dapat baca.. tapi dapat jua aku membacanya... huhu
Bestlah jadi pembaca diary orang bersiri ni... Huhu. Kini dia ada open diary. Bisa dikongsi bersama2 pembaca yang lain. Tapi kerana kesibukkan kerja, aku tak dapat mencantikkan blog aku seperti dia. Aku juga ada seorang kawan yang begitu aktif sekali memblogkan dirinya..Hmmm... aku rasa aku kena selalu rajin buat blog.. kerana aku dah resign dalam hal bersosial.. aku nak slow down kan sikit my life..
Dulu aku melalui hidup macam ala ala paris Hilton.. Pekerjaan aku.. "The Socialite".. Hmmm... Mungkin aku boleh menceriatakna pengalaman ku dari dulu sampai sekarang kan blog ni kan... InsyaAllah
Mungkin start dari aku sampai di tanah semenanjung ni.. Ok tak idea ku ini?
Aku pernah terfikir untuk menerbitkan buku..The Story of the Clubbing Girls... Pasti panas ya.. Ta[pi sebenarnya kau tidak berbangga dengan itu semua.. Hmm..
Tapi apa salahnya berkongsi pengalaman kan?
Ok nanti aku mulakan nya.. InsyaAllah.. Tunggu..

Miss Confius xx00xx

Im Thingking....

6:35 AM / Posted by Miss Dreamer / comments (0)

Dear reader,
I dont' know la what happen to me actually.. Still malu nak berkongsi rahsia.. maybe i kene removed first my pic aite? Hmmmm...I nie ada satu kebiasaan.. Kalau bercinta mesti tak kekal.. Sedangkan i baca pelbagai buku motivasi la pasal percintaan.. Tapi masih lagi "bodoh" utk menjaga sesuatu perhubungan.. Memang takda sapa yg boleh bertahan dgn perangai i yg mengada2 , kuat cemburu, cepat marah... yg selalu je hormon tak stabil... Hei..ntahlah.. ok la sambung lagi.. i tengah kerja nie.. Doakan i cepat2 dapat laptop baru...!

Again

6:03 AM / Posted by Miss Dreamer / comments (0)

Ntahlah.... aku dalam krisis lagi with my bf. It seems my curse not end yet..
Astafirulla alazim.. aku percaya pada kuasa tuhan. Memang dari perangai aku ke, jadi macam ni selalu. Ada bf tapi tak kekal lama.. atau aku nie yg terlalu 'pandai'.. tak belajar dari kesilapan lalu..

Lagi satu... aku nak belajar.. tapi tak belajar2 sampai skrg..
Semangat berkobar2 tapi.. hangat2 tahi ayam.
Bila aku nak berubah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Maulidur Rasul

9:48 PM / Posted by Miss Dreamer / comments (0)

Im at the office... hmmm bila la aku dapat beli laptop ye.. Bolehlah aku update blog ni ari2. Aku dah makan nasi lemak sebanyak 2 kali! Patutlah aku tambah menggemuk. Dolu2 aku kurus ala Rihanna gitu.. sekarang versi Rihana Tembam... itulah yg dikatakan oleh ex-bf aku.. Rihanna tembam... I have no idea nak tulis apa actually, baru lagi dalam bidang blogging nie. tengok yg lain2 expert je... naik segan jugak aku nak menaip kat sini... Tapi takpe take it slow right... be myself la kan? Hmmm... para pembaca kat luar sana tu doakan la aku dapat beli laptop yee.. heehehe n dapat beli camera... dapatlah jugak aku menangkap gambar2. Sorilah ayat aku tak berapa sedap untuk dibaca.... Continue...

Cold nights..

7:49 AM / Posted by Miss Dreamer / comments (0)

Im still confius about my life.... even my sister just give the same advice everytime i needed it. Hmmm.. I know.. i sepatutnya yg berubah! Hmmmm. what a me!!! So confius..