Bercerita..

11:47 PM / Posted by Miss Dreamer / comments (3)



Sekarang..buat sedemekian kalinya aku melihat siaran langsung majlis perkahwinan Mawi dan Ekin. Minggu lepas rasanya, tengok pernikahan mereka berdua.
Aku suka tengok mawi n ekin, memang sepadan sangat. Rasanya aku tau kenapa Mawi suka dengan Ekin..
Sekali tengok je memang dah tau perangai Ekin.. seorang wanita yg gila2, ada sense of humour memang sesuai la dengan Mawi.
Tadi baru je si Mawi cakap. kenapa dia suka dengan Ekin " Dia seorang yg sempoi"..


Perjalanan hidup mawi memang 'world'. Mesti dulu dia hidup susah.. Lepas tu dia byk bersabar menempuh hidup.
Ishk..memang suka la tengok perangai kedua mempelai baru ni. Ekin perangai tidak dibuat2.. dia matang..
Maybe lelaki sekarang suka perangai perempuan yg matang..yg suka bagi sokongan.
Aku ni dari tadi bagi assumption je..


Apa kata Mawi?

"Kita kena terima qada dan qadar. Itu sebabnya saya terima Ekin sebagai jodoh saya. Saya dapat rasakan yang saya betul-betul ada perasaan terhadap dia setelah beberapa bulan berkawan.

"Sikap Ekin yang mengambil berat terhadap saya membuatkan hati saya tertawan dan Ekin seorang pendengar yang baik bila saya meluahkan masalah saya," kata Mawi.

Sebagaimana yang dirasakan oleh Ekin, Mawi juga sedar ada yang tidak suka dia memilih Ekin. Malah ada yang sengaja memburuk-burukkan Ekin.

"Memang banyak dugaan dalam percintaan kami... ada yang dengki dan sakit hati malah memburuk-burukkan Ekin serta berusaha mengaibkannya. Saya hormati Ekin yang tabah dan kuat melalui semua itu," jelas Mawi.


Apa kata Ekin?

"Semua orang tahu banyak dugaan yang kami lalui sebelum iini. Saya akui bukan mudah untuk menjadi orang yang dekat dengan Mawi.

"Tapi saya harus tabahkan diri menghadapinya dan akhirnya kini segala-galanya selesai," kata Ekin.

Ekin juga bersedia menerima apa sahaja kemungkinan daripada orang yang tidak menyenanginya apabila menjadi isteri kepada bintang terkenal negara dan memiliki ramai peminat, Mawi.

"Ekin tahu ada yang tak suka apabila Mawi pilih Ekin sebagai isterinya, tapi Ekin tabah dengan semua ini dan Ekin rasa ia membuatkan Ekin menjadi lebih tabah dan kuat.

"yang lebih penting perkahwinan ini mendapat restu... Ekin bersyukur kerana diterima dalam keluarga Mawi dan Ekin berjanji untuk menjadi orang yang terbaik untuk Mawi," kata Ekin lagi.


Aku mendoakan kebahagian Mawi n Ekin. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.

Charming ku....

9:12 AM / Posted by Miss Dreamer / comments (3)





Kutemukan dalam pencarian.. cinta sejati utk hidupku.. dialah si charmingku yg comel.. Hehe.
On X'mas that day.. at last i bought 'him'...The one who always merenung me if i masuk dalam kedai kucing kat taipan...
In this moment he staring me so cute and adorable...
I feel worth it to have him...
InsyaAllah aku akan menjaganya sebaik mungkin
Like what the owner kedai tu cakap..."Jaga dia baik2 yee..." Dengan muka sedih terpaksa berpisah dgn si persian male cat ...yg hmppph... comel sekali..
Aku bersyukur padamu Allah mengurniakan aku rezeki yg cukup utk memiliki kurniaan ciptaanMu yg sempurna..Amin