Menghidupkan balik keterpe"blog"kan ku...

10:26 PM / Posted by Miss Dreamer / comments (1)

Aku kembali menaip untuk menulis... **ayat apa tu**? Dah lama aku tidak menulis apa apa coretan disini.. Aku terbaca blog my sis.. Seronok pulak melihat hasil penulisannya.. Tak sangka darah sedaging aku itu pandai menulis.. Hmmm. itu memang sudah diakui, kerana dari sejak dulu lagi aku sudah membaca diary nya yang "ditapuk" dalam laci di celah - celah baju.. Dia sembunyikan supaya orang lain tak dapat baca.. tapi dapat jua aku membacanya... huhu
Bestlah jadi pembaca diary orang bersiri ni... Huhu. Kini dia ada open diary. Bisa dikongsi bersama2 pembaca yang lain. Tapi kerana kesibukkan kerja, aku tak dapat mencantikkan blog aku seperti dia. Aku juga ada seorang kawan yang begitu aktif sekali memblogkan dirinya..Hmmm... aku rasa aku kena selalu rajin buat blog.. kerana aku dah resign dalam hal bersosial.. aku nak slow down kan sikit my life..
Dulu aku melalui hidup macam ala ala paris Hilton.. Pekerjaan aku.. "The Socialite".. Hmmm... Mungkin aku boleh menceriatakna pengalaman ku dari dulu sampai sekarang kan blog ni kan... InsyaAllah
Mungkin start dari aku sampai di tanah semenanjung ni.. Ok tak idea ku ini?
Aku pernah terfikir untuk menerbitkan buku..The Story of the Clubbing Girls... Pasti panas ya.. Ta[pi sebenarnya kau tidak berbangga dengan itu semua.. Hmm..
Tapi apa salahnya berkongsi pengalaman kan?
Ok nanti aku mulakan nya.. InsyaAllah.. Tunggu..

Miss Confius xx00xx